Date : 13th September 2023
Venue : Putrajaya
Department : ICT
Category : Internal / External
KTMB berbangga kerana telah dianugerahkan penghargaan inisiatif ‘Agensi Perintis Penggunaan Data Terbuka Sektor Awam’ di Persidangan Digital sektor Awam (PDISA) 2023 yang telah diadakan di PICC, Putrajaya.
Majlis dianjurkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.
Ianya melibatkan penyertaan inklusif pemimpin digital kerajaan serta rakan strategik dari pihak industri termasuk pakar tempatan yang sama-sama berkumpul dan membincangkan pelbagai inisiatif dan potensi penambahbaikan bagi menghasilkan perkhidmatan Kerajaan yang lebih berkualiti dalam menghadapi masa depan digital.



