Date : 16th February 2023
Venue : KL Sentral
Department : Intercity
MyRailLife pas perjalanan tanpa had dan diberikan secara percuma kepada pelajar sekolah dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi meringankan beban mereka yang menggunakan perkhidmatan kereta api. Inisiatif MyRailLife ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook, dan mula berkuat kuasa pada 15 Februari 2023. MyRailLife ini boleh dinikmati oleh warganegara Malaysia iaitu pelajar sekolah dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 serta golongan OKU yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pas percuma ini boleh digunakan tanpa had bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang, Utara dan Perkhidmatan Shuttle Timuran. Bagi KTM Komuter sektor Lembah Klang, ia terdiri daripada laluan Pulau Sebang – Batu Caves – Pulau Sebang dan laluan Pelabuhan Klang – Tanjung Malim – Pelabuhan Klang. Sementara, bagi perkhidmatan Komuter sektor utara laluan Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas dan laluan Butterworth – Padang Besar – Butterworth. Perkhidmatan tren KTM Shuttle Timuran (DMU) ialah bagi sektor laluan Gemas -Tumpat – Gemas.




