Date : 31st May 2023
Venue : Subang Jaya Station
Department : Jabatan Perancangan Korporat
Keretapi Tanah Melayu (KTMB) bekerjasama dengan syarikat penyedia perkhidmatan van-hailing, Kumpool, yang memberi kemudahan first and last mile connectivity untuk penumpang perkhidmatan KTM Komuter, ETS dan KTM Intercity. Kolaborasi ini bertujuan menyediakan pilihan perkhidmatan pengangkutan yang lebih mudah, cepat dan fleksibel kepada para penumpang KTMB yang ditempah melalui aplikasi telefon pintar iaitu “Kumpool Ride” untuk ke stesen yang terpilih.
Kerjasama ini juga memperlihatkan komitmen KTMB dalam memperkenalkan lebih penyelesaian secara inovatif kepada pengangkutan awam yang bertepatan dengan keperluan semasa masyarakat. Dengan penggunaan teknologi terkini dan pendekatan yang progresif, KTMB dan Kumpool ingin menyumbang kepada transformasi pengangkutan negara.





