Date : 13th September 2023

Venue : KL Sentral

Department : SC/Komuter

Category : Air Asia

Jalinan kerjasama ini telah dimeterai oleh kedua-dua pihak melalui memorandum persefahaman (MOU) yang telah disempurnakan oleh En. Mohamed Suhaimi Yaacob, Ketua Pegawai Korporat KTMB dan En. Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride di KL Sentral pada 13 September. Pengguna KTMB untuk perkhidmatan ETS dan KTM Komuter kini berpeluang untuk menikmati pilihan yang lebih baik untuk ke atau dari 80 stesen KTM di Lembah Klang dan Wilayah Utara melalui kolaborasi strategik bersama airasia ride. KTMB mengalu-alukan kerjasama bersama penyedia perkhidmatan ehailing bagi mengoptimumkan ‘first and last mile connectivity’ kepada para penumpang. Perkongsian kami dengan airasia ride menggariskan komitmen kami untuk menyediakan bukan sahaja perkhidmatan tren, tetapi juga melancarkan perjalanan ke destinasi tanpa kebimbangan.