Date : 7th February 2023

Venue : BMU, Ibu Pejabat KTMB

Department : Jabatan Kawalan Operasi dan Intercity

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Eastern & Oriental Express Limited (E&O) menandatangani satu perjanjian baharu bagi memperkukuh dan mempertingkatkan industri rel serta merancakkan semula pelancongan dalam negara. Perjanjian baharu ini merangkumi penambahbaikan terhadap perjanjian sedia ada dari aspek komersial bagi E&O mengguna pakai laluan rel di Malaysia yang bermula dari Woodlands, Singapura ke Padang Besar sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok. Kedua-dua syarikat telah mencapai persetujuan dalam menambahbaik perjanjian pengangkutan sebelum ini bagi menggalakkan hubungan sektor rel darat serta menjadikan Malaysia antara destinasi pilihan dengan penawaran perkhidmatan kereta api mewah.