Date : 27th January 2023

Venue : KL Sentral

Department : MPA & Intercity

Kempen Travel Sama-Sama telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, YBhg. Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin di KL Sentral pada 27 Januari bagi memberikan diskaun secara berkumpulan sebanyak 25 peratus bagi pembelian bermula 27 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 dan melibatkan semua perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan Perkhidmatan Ekspres Intercity. Pemberian diskaun ini hanya untuk warganegara Malaysia dengan pembelian minimum empat (4) tiket dewasa atau kanak-kanak dalam satu transaksi yang sama dengan memasukkan kod promo.

KTMB turut meraikan penumpang setia perkhidmatan ETS Tahun 2022. Tiga (3) penumpang bertuah telah dipilih berdasarkan kriteria-kriteria tertentu dan membawa pulang hadiah berupa sebuah tablet, barangan Railboutique dan tambah nilai di KTM Wallet bernilai RM2,000. Antara kriterianya ialah menggunakan perkhidmatan ETS yang kerap dari bulan Januari hingga Disember, pembeli tiket dewasa dan mendaftar di aplikasi KTM Mobile (KITS). Program ini akan diteruskan pada setiap tahun sebagai tanda penghargaan KTMB kepada pengguna setia ETS dan dapat menarik minat lagi orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan ini sebagai pengangkutan utama.