Date : 26th January 2023
Venue : Batu Caves
Department : Komuter
Majlis Sidang Media Thaipusam diadakan pada 26 Januari 2023 di Stesen Batu Caves. Sidang media ini disampaikan oleh Encik Afzar Zakariya, Ketua Kawalan Operasi bagi memaklumkan kepada orang ramai tentang perkhidmatan tren KTM Komuter tambahan selama tiga (3) hari dua (2) malam, bermula 4 Februari 2023 sehingga 6 Februari 2023. KTMB menganggarkan seramai 182,000 orang akan menggunakan perkhidmatan komuter sepanjang tempoh 3 hari 2 malam dengan jumlah penumpang yang dijangka akan lebih tinggi pada hari kemuncak iaitu pada hari perayaan Thaipusam, Ahad, 5 Februari 2023.




