Date : 11th July 2023
Venue : VIP Semasa Lounge, KL Sentral
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara KTMB dengan East Japan Railway Culture Foundation (EJRCF) telah diadakan di VIP Semasa Lounge, Aras 2, KL Sentral.
MOA tersebut telah dimeterai antara Ketua Pegawai Korporat (CCO) KTMB, Suhaimi Yaacob bersama EJRCF Pegawai Pengarah Eksekutif Yayasan Kebudayaan Kereta Api Jepun Timur (EJRCF), Minoru OTA.
KTMB berterima kasih kepada EJRCF atas kesudian bekerjasama dan akhirnya dapat merealisasikan pemeteraian ini. Melalui MOA ini, ianya akan menggalakkan persefahaman antarabangsa mengenai industri rel termasuk program pertukaran kakitangan, meningkatkan kemahiran dan pengetahuan melalui kursus susulan antarabangsa, program eksekutif dan kursus pengurus pertengahan.






